Perlembagaan

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

UNIT BELIA SMK SACRED HEART

Y048

 

FASAL I – NAMA DAN ALAMAT


1.         Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi SMK Sacred Heart telah berdaftar      dengan Nombor Berdaftar SR(Y)048 secara rasminya pada tarikh 9 Januari 1978          oleh Cikgu Priscilla Wong Hie Kiong dan dinamakan sebagai ‘PERSATUAN          BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT BELIA SMK SACRED HEART’             dalam Bahasa Malaysia atau ‘MALAYSIAN RED CRESCENT SOCIETY SMK            SACRED HEART YOUTH UNIT’ dalam Bahasa Inggeris (selepas ini akan      dirujuk sebagai ‘Persatuan’).

2.         Alamat surat-menyurat bagi Persatuan ialah SMK SACRED HEART, KM3, JALAN OYA, 96000 SIBU, SARAWAK atau mana-mana tempat lain yang  diputuskan oleh Barisan AJK dari semasa ke semasa.

3.         Alamat laman web Persatuan ialah http://www.shssibu.edu.my/pbsmm dan emel address ialah shss@shssibu.edu.my atau mana-mana yang diputuskan oleh Barisan AJK dari semasa ke semasa.

FASAL II - TAKRIF

1.         ‘Persatuan’ bermaksud Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Unit Belia SMK Sacred Heart’.

2.         ‘Perlembagaan’ bermaksud ‘Perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Unit Belia SMK Sacred Heart’.

3.         Jika Perlembagaan tidak secara nyata menjelaskan maksud sesuatu perkara, Barisan AJK atas budi bicara berhak untuk mentaksir atau menentu sesuatumaksud. Budi bicara ini dikira sah melainkan Mesyuarat Agung Persatuanmenafsirkan atau menetapkan maksud yang berbeza.

FASAL III - MATLAMAT

Matlamat penubuhan Persatuan ini ialah:-

1.         Untuk menyebarkan kepentingan Prinsip-prinsip Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah semasa aman untuk mengelakkan peperangan berlaku.

2.         Untuk menyediakan semua persediaan atau kemahiran serta ilmu pengetahuan pertolongan cemas dan lain-lain supaya bersedia sebarang bencana alam, kemalangan atau peperangan yang bakal berlaku.

3.         Untuk melaksankan dasar pelajaran sekolah selaras dengan Prinsip-prinsip Palang   Merah Dan Bulan Sabit Merah demi pembentukan insan yang seimbang dari segifizikal, rohani, emosi, intelek dan social.

FASAL IV - KEAHLIAN

1.         Kategori dan kelayakan.

            Terdapat 2 kategori keahlian dan kelayakan:

(a)        Ahli Belia – terbuka kepada semua pelajar di SMK Sacred Heart dengan syarat-syarat berikut:-

(i)         warganegara Malaysia.

(ii)        Membayar yuran pendaftaran.

(iii)       Tidak menyertai mana-mana persatuan badan beruniform yang lain.

(b)        Ahli VAD - terbuka kepada semua pelajar di SMK Sacred Heart dengan    syarat-syarat berikut:-

(iv)       warganegara Malaysia.

(v)        Membayar yuran pendaftaran.

(vi)       Tidak menyertai mana-mana persatuan badan beruniform yang lain.

(vii)      Berumur 18 tahun ke atas.

2.         Permohonan menjadi ahli  

(a)        Semua pelajar yang berminat menjadi ahli Persatuan perlu mengisi Borang Keahlian Persatuan dan serahkan kepada Setiausaha untuk dipertimbangkan semasa mesyuarat AJK.

(b)         Barisan AJK mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak permohonan tanpa memberikan apa-apa sebab.

(c)          Selepas kelulusan Barisan AJK, ahli Persatuan tersebut wajib mengisi Borang Pendaftaran keluaran Kuala Lumpur untuk mendapatkan Kad pengenalan Persatuan yang rasmi.

3.         Hak dan Kewajiban Ahli

(a)        Semua ahli biasa mempunyai hak:-

(i)         untuk mencadang atau menyokong sebarang permohonanmenjadi ahli, menamakan atau menyokong calon dalam pemilihan dan mengambil bahagian dalam pemilihan.

(ii)        untuk bercakap dan mengundi semasa Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Luar Biasa dan mesyuarat Persatuan.

(b)       Semua ahli Persatuan berkewajipan untuk setia berpegang kepada prinsip-prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Akta, peraturan-peraturan,  Buku Panduan PBSMM dan ketetapan-ketetapan pringkat Cawangan,Cabang serta Perlembagaan Persatuan dari semasa ke semasa. Selain itu,  semua ahli Persatuan  hendaklah menjaga nama baik Persatuan dan sekolah dengan mematuhi semua peraturan-peraturan sekolah yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

4. Penggantungan dan Pemecatan Ahli

 (a)       Barisan AJK boleh menggantung keahlian mana-mana ahli dalam tempohtertentu atau memecat keahlian di bawah keadaan-keadaan berikut :-

 (i)         Jika ahli disabitkan kesalahan yang pada pendapatBarisan AJK adalah serius.

(ii)       Jika ahli melibatkan dirinya dalam perkara-perkarayang pada pendapat Barisan AJK bercanggah dengan kepentingan Persatuan.          

(b)       Seseorang ahli tidak boleh digantung atau dipecat tanpa diberi peluanguntuk mempertahankan dirinya termasuk hak untuk memanggil danmengemukakan saksi atau bukti.

(c)        Barisan AJK hendaklah melalui Setiausaha memberitahu ahli tersebut   secara bertulis, keputusan untuk menggantung atau memecat dia darikeahlian.

5. Pengembalian Semula Keahlian

 (a)        Ahli yang sudah berhenti atau diberhentikan keahliannya boleh memohonsemula keahliannya kepada Barisan AJK, dengan syarat beliau membayar tunggakan yuran untuk tempoh selama mana beliau berhenti daripada menjadi ahli ditambah dengan yuran tahunan sebagai penalti.

(b)        Seseorang ahli tidak boleh diambil semula keahliannya sehinggalahtempoh satu (1) tahun berlalu, bermula dari tarikh beliau berhenti daripadamenjadi ahli.

FASAL V – YURAN PENDAFTARAN

1. Yuran Pendaftaran

(a)       Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM2.00 atau berdasarkan kepada  jumlah yang akan ditentukan oleh Buku panduan PBSMM dari semasa kesemasa. Pembayaran perlulah disertakan bersama-sama dengan borangpermohonan.

(b)        Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan kecuali bagi permohonan yang tidak berjaya.

2. Yuran Keahlian

(a)        Yuran keahlian adalah dibayar secara tahunan sebanyak RM5.00 setahun.

(b)        Yuran ini hendaklah dibayar pada 1 Januari setiap tahun.

(c)        Ahli-ahli yang diluluskan permohonan pendaftarannya selepas bulan Jun dalam mana-mana tahun adalah dikehendaki membayar separuh sahaja  daripada kadar yuran keahlian.

3. Tunggakan Yuran Keahlian

(a)        Apabila seseorang ahli tidak membayar yuran keahlian untuk sesuatu   tahun atau tempoh, maka selepas 1 Mac berikutnya, dan selepasdikeluarkan notis atau peringatan sebanyak dua kali oleh Barisan AJK, maka Barisan AJK boleh memadamkan namanya daripada daftar keahlian.

(b)        Walaupun nama ahli tersebut masih belum dipadamkan daripada daftarkeahlian, secara automatiknya, beliau adalah tidak dibenarkan untuk  menggunakan sebarang hak dan keistimewaan yang dimiliki olehseseorang ahli yang berdaftar.

FASAL VI: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

1.         Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia mestilah diadakan tidak lewat dari 31hb Mac setiap tahun di tarikh, masa dan  tempatyang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa AJK.

2.         Perkara-perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan itu   hendaklah termasuk perkara-perkara berikut;

(a)        Ucapan Pegawai Belia & Pengumuman Barisan Guru Penasihat

(b)        Ucapan Ketua seksyen Utama

(c)        Pengesahan Minit Mesyuarat AGM yang lalu.

(d)       Perkara-perkara berbangkit

(e)        Laporan Setiausaha

(f)        Laporan Penyata Kewangan.

(g)        Laporan AJK lain.

(h)        Pembubaran Barisan AJK.

(i)         Pelantikan Barisan AJK Baru.

(j)         Ucapan Ketua Seksyen Utama Baru.

(k)        Pengumuman Barisan AJK Baru.

(l)         Penetapan Yuran Keahlian Persatuan.

(m)       Hal-hal lain.

3.         Setiausaha hendaklah memberi sekurang-kurangnya 30 hari notis bertulis kepadaahli mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.

4.         Setiausaha hendaklah juga memberi sekurang-kurangnya 7 hari notis bertuliskepada semua ahli mengenai segala urusan Mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Notis tersebut hendaklah dilampirkan denganLaporan Barisan AJK, Penyata Akaun Pendapatan Dan Perbelanjaan, senarai calon jawatan pegawai, dan sebarang usul lain yang ahli telah nyatakan niat  mereka untukmencadangkannya yang selaras dengan Fasal VI (4) di dalam Perlembagaan.

5.         Setiap ahli yang layak mengundi boleh menghantar usul kepada Mesyuarat Agung Tahunan dengan syarat notis bertulis adalah diserahkan kepada Setiausaha Agung tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut diadakan.

6.         Jika Pegawai Belia tidak hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan, salah seorang guru penasihat boleh mempengerusikan mesyuarat.

7.         Di sebarang mesyuarat agung, sebarang usul adalah dianggap lulus untuk diterima jika ahli yang hadir dan layak mengundi memberikan undi dengan majoriti mudah untuk usul tersebut, kecuali jika ia telahpun termaktub di dalam mana-mana bahagian yang lain di dalam Perlembagaan Persatuan.

8.         Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan mestilah 1/3 daripada jumlah

            keseluruhan ahli Persatuan.

9.         Jika kuorum tidak mencukupi dalam masa setengah jam selepas masa yang telahditetapkan, mesyuarat mestilah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang diputuskan oleh Barisan AJK.

10.       Jika kuorum tidak juga hadir selepas setengah jam dari masa dan tarikh mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, ahli yang hadir mempunyai kuasa untuk meneruskan urusan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengubah Perlembagaan Persatuan.

 

FASAL VII: MESYUARAT AM

1.         Mesyuarat Am Persatuan yang dipengerusikan oleh Ketua Seksyen Utamahendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan di tarikh, masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa AJK.

2.         Perkara-perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Am itu hendaklah termasuk perkara-perkara berikut;

(a)        Ucapan Ketua seksyen Utama

(b)        Pengesahan Minit Am yang lalu.

(d)        Perkara-perkara berbangkit

(e)         Laporan Setiausaha

(f)         Laporan Penyata Kewangan.

(g)        Laporan AJK lain.

(h)        Perkara yang hendak dibincangkan.

(m)       Hal-hal lain.

3.         Setiausaha hendaklah memberi sekurang-kurangnya 7 hari notis bertulis kepadasemua  AJKmengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Am.

4.         Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan mestilah 1/3 daripada jumlah

            keseluruhan ahli Persatuan.

5.         Jika kuorum tidak mencukupi dalam masa setengah jam selepas masa yang telah     ditetapkan, mesyuarat mestilah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang diputuskan oleh Barisan AJK.

6.         Jika kuorum tidak juga hadir selepas setengah jam dari masa dan tarikh mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, ahli yang hadir mempunyai kuasa untuk meneruskan      urusan mesyuarat.

           

FASAL VIII: MESYUARAT AJK

1.         Mesyuarat AJK Persatuan yang dipengerusikan oleh Ketua Seksyen Utama hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan di tarikh, masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa AJK.

2.         Perkara-perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Am itu hendaklah termasuk perkara-perkara berikut;

(a)        Ucapan Ketua seksyen Utama

(b)        Pengesahan Minit Am yang lalu.

(d)       Perkara-perkara berbangkit

(e)        Laporan Setiausaha

(f)        Laporan Penyata Kewangan.

(g)        Laporan AJK lain.

(h)        Perkara yang hendak dibincangkan.

(m)       Hal-hal lain.

3.         Setiausaha hendaklah memberi sekurang-kurangnya 7 hari notis bertulis kepadasemua  AJKmengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Am.

4.         Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan mestilah 1/3 daripada jumlah

            keseluruhan ahli Persatuan.

5.         Jika kuorum tidak mencukupi dalam masa setengah jam selepas masa yang telah     ditetapkan, mesyuarat mestilah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang diputuskan oleh Barisan AJK.

6.         Jika kuorum tidak juga hadir selepas setengah jam dari masa dan tarikh mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, ahli yang hadir mempunyai kuasa untuk meneruskanurusan mesyuarat.

FASAL IX: TUGAS DAN FUNGSI BARISAN AJK

1.         KETUA UTAMA SEKSYEN ( PENGERUSI ) 

            Beliau akan bertindak sebagai:                      

            (a)        Ketua pentadbiran

            (b)        Mempengerusi Mesyuarat Am dan Mesyuarat AJK.

(c)        Mengesahkan notis yang dikeluarkan .

            (d)       Menjadi penjaga kebajikan semua ahli persatuan ini.

            (e)        Tidak boleh menjadi ketua-ketua projek (kecuali khemah )

            (f)        Dikehendaki menjadi penasihat dan pemerhati kepada semua aktivitidalam persatuan ini.

            (g)        Menjaga disiplin AJK

            (h)        Menjadi penasihat yang disediakan oleh Bendahari.

2.         KETUA SEKSYEN (NAIB PENGERUSI)

(a)       Beliau akan membantu Ketua Utama Seksyen dalam segala urusan semasa ketiadaan Ketua Utama seksyen.

(b)       Beliau juga memainkan peranan utama dalam menasihat, menyokong serta memimpin semua aktiviti Unit Belia bersama-sama dengan Ketua Utama Seksyen.

3.         KETUA SEKSYEN (SETIAUSAHA)

(a)       Menolong Ketua Utama Seksyen dalam menguruskan hal-hal mesyuarat, surat-menyurat tentang Persatuan.

(b)         Menolong dalam menyediakan agenda mesyuarat selepas berbincang dengan Ketua Utama Seksyen  dan Naib Pengerusi.

(c)          Menyediakan semua minit mesyuarat dan laporan aktiviti.

(d)          Menyediakan Laporan Tahunan dan Buku Rekod Kokurikulum.

(e)          Menolong dalam mengemaskinikan lamab web Persatuan.

4.         KETUA SEKSYEN ( PENOLONG SETIAUSAHA)

(a)        Beliau akan menolong Setiausaha Persatuan dalam semua urusannya.

(b)       Beliau juga akan mengemaskinikan kehadiran ahli bagi semua aktiviti Persatuan.

5.         KETUA SEKSYEN (BENDAHARI)

(a)      Beliau memastikan memeriksa baki tunai di tangan sentiasa debit.

(b)      Beliau juga menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Persatuan.

(c)       Beliau juga menyimpan dokumen Perakaunan seperti Resit Rasmi, Baucar Pembayaran, Akaun Pendapatan Dan Perbelanjaan Persatuan dan sentiasa akaun tersebut sentiasa kemaskini.

(d)      Tunai di tangan tidak boleh melebihi RM100.00      

(e)      Menyediakan Laporan Bendahari untuk dibentangkan semasa mesyuarat.

6.         KETUA SEKSYEN (PENOLONG BENDAHARI)

(a)       Beliau akan menolong Bendahari dalam segala urusan yang berkaitan          dengan kewangan.

(b)       Membantu Bendahari dalam mengemaskinikan dokumen perakaunan serta mengemaskinikan akaun serta membantu menyediakan Laporan Bendahari semasa mesyuarat.

7.         KETUA SEKSYEN

(a)        Beliau akan membantu Ketua Utama Seksyen untuk menguruskan semua aktiviti yang berkaiatan dengan Persatuan.

(b)       Beliau juga menjadi saluran utama bagi menyampaikan pendapatan, cadangan, idea para ahli kepada Barisan AJK semasa mesyuarat AJK.

(c)        Beliau juga akan menjadi penyelaras segala aktiviti dan disiplin kepada semua ahli-ahli yang dipertanggungjawabkannya.

8.         PENOLONG KETUA SEKSYEN

(a)       Beliau akan membantu Ketua Seksyen dalam segala urusan untuk melicinkan perjalanan.

(b)       Beliau juga akan menolong mengawal disiplin dan menjadi saluran perhubungan untuk ahli-ahli kepada Ketua Seksyen.

FASAL X: PENTADBIRAN

1.                  Segala keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat AJK adalah muktamad dan akan menjadi peraturan kecuali dibatalkan oleh Keputusan Mesyuarat Agung.

2.                 Barisan AJK terdiri daripada:

(a)               Patron (PENGETUA)

(b)               Pegawai Belia (GURU)

(c)               Guru Penasihat (GURU)

(d)               Ketua Utama Seksyen ( PENGERUSI)

(e)                Ketua Seksyen (NAIB PENGERUSI)

(f)                Ketua seksyen (SETIAUSAHA)

(g)               Ketua Seksyen (PENOLONG SETIAUSAHA)

(h)               Ketua Seksyen (BENDAHARI)

(i)                 Ketua Seksyen (PENOLONG BENDAHARI)

(j)                 Ketua Seksyen 

(k)                Penolong Ketua Seksyen

FASAL XI - MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM)

1.         Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) boleh bersidang atas permintaan Setiausaha jika dirasakan perlu oleh Jawatankuasa Eksekutif atau atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/3 jumlah keahlian dengan alasan yang munasabah. Mesyuarat tersebut mestilah diadakan 14 hari setelah menerima permintaan tersebut. Notis mesyuarat tersebut hendaklah diedarkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut.

2.         Peruntukan Fasal VI berhubung kuorum dan penangguhan. Mesyuarat Agung Tahunan juga digunapakai pada Mesyuarat Agung Luar biasa, tetapi dengan     syarat   iaitu jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari masa dan tarikh Mesyuarat Agung Luar Biasa yang ditangguhkan itu, Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut hendaklah dibatalkan.

FASAL XII – KEWANGAN

1.         Bendahari perlu membuat Anggaran Perbelanjaan Tahunan selepas berbincang dengan Pengerusi dan Setiausaha.

2.         Resit rasmi perlu ditulis mengikut urutan nombor dan resit yang salah perlu tulis BATAL dan jangan ceraikannya. Jika ada kesalahan, perlu ditandatangani di sisi kesalahan tersebut.

3.         Baucar pembayaran perlu mempunyai butiran nama si penerima wang,         tandatangan penerima dan jika ada resit sebagai bukti pembayarannya.

           

4.         Semua pengeluaran wang perlu disertakan baucar pembayaran perlu diisikan sepenuhnya dan perlu ditandatangani oleh guru penasihat sebelum wang dikeluarkan.

5.         Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan perlu sentiasa kemaskini dan ia  perlu diperiksa oleh guru penasihat sekurang-kurangnya sekali sebulan.

6.         Tunai di tangan tidak boleh melebihi RM100.00

           

FASAL XIII – JURUAUDIT

1.         Pegawai Belia dan semua guru penasihat terus menjadi Juruaudit Persatuan dan Laporan serta semua dokumen perakaunan boleh diminta bila-bila masa untuk diperiksa.

2.         Juruaudit perlu mengaudit akaun sekurang-kurangnya sekali dan menulis laporan   Juruaudit untuk membentangkan dalam mesyuarat AJK.

FASAL XIV - PINDAAN PERLEMBAGAAN

1.         Sebarang pindaan perlembagaan hanya boleh dibuat di Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.

2.         Perlembagaan boleh dipinda dengan undi majoriti dua pertiga dari ahli yang hadir di Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.

FASAL XV - PEMBUBARAN PERSATUAN

1.         Persatuan ini hanya boleh dibubarkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah ahli-ahli yang layak mengundi.

2.         Notis pemberitahuan bertulis mengenai pembubaran hendaklah diberikan kepada   Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sibu dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran dibuat.

FASAL XVI – PELAKSANAAN

Draf Perlembagaan Persatuan ini akan dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2007 untuk dikuatkuasakan serta-merta selepas diluluskan.

Dikemaskini pada 4 Januari 2010 dan disahkan oleh guru penasihat tahun 2010.