Pengenalan

 BSMM SMK Sacred Heart telah ditubuhkan pada Februari 1971 di peringkat sekolah. Pada masa itu, Encik Lawrence Lau dilantik sebagai Guru Penasihat BSMM.

 

Pada tahun 1971, Encik Lokanathan telah dilantik sebagai guru penasihat PBSMM sebagai pengganti Encik Lawrence Lau.Pada mulanya, ketua-ketua seksyen dinamakan mengikut nama planet dalam sistem suria. Aktiviti-aktiviti seperti pengajaran Pertolongan cemas, kawad kaki dan lain-lain aktiviti telah dijalankan.

 

Pada tahun 1978, Unit Belia telah membantu Sekolah Rendah English Sacred Heart untuk membentuk Unit Link di samping mengajar ilmu pertolongan cemas dan kawad kaki. Namun persatuan didaftarkan di Cabang Sibu pada 1983 oleh Cikgu Priscilla Wong.