Tanggungjawab Bendahari / Penolong Bendahari BSMM 2010

Kelayakan

¨  Sijil pertolongan cemas asas

¨  Sijil pendidikan palang merah

¨  Aktif sekurang-kurangnya setahun

¨  Hendaklah berumur sekurang-kurangnya 14 tahun.

 

Tanggungjawab

Tugas-tugas yang diamanahkan kepada jawatan bendahari dan penolong bendahari adalah seperti berikut:

¨  Memeriksa kedudukan kewangan dan membentangkan laporan kewangan.

¨  Mengutip yuran ahli seperti yang diluluskan dalam mesyuarat AJK.

¨  Menyimpan buku kewangan.

¨  Jangan padamkan sebarang kesilapan. Ia perlu digariskan dan tandatangan di bahagian atasnya.

¨  Semua wang perlu diserahkan kepada pegawai belia untuk disimpan demi keselamatan.

¨  Membentangkan laporan kewangan setiap mesyuarat.

¨  Kebenaran pegawai belia perlu untuk setiap sen yang dikeluarkan.

¨  Memastikan pengeluaran resit BSMM adalah benar dan betul.

¨  Mengeluarkan kontra di mana jenis-jenis perbelanjaan yang telah dilakukan dan dicatat. Amaun perbelanjaan juga harus ditulis dengan betul dan benar dalam kontra tersebut serta mendapatkan pengesahan daripada guru penasihat BSMM.

¨  Hanya bendahari, penolong bendahari dan guru penasihat sahaja berkuasa menguruskan kewangan BSMM di SMK Sacred Heart. Misalnya, dalam urusan pengutipan yuran BSMM, ahli lain atau AJK lain tidak dibenarkan menggantikan bagi pihak bendahari atau guru penasihat untuk menguruskan kewangan BSMM.

¨  Kedua-dua bendahari juga dikehendaki membuat akaun penerimaan wang dan perbelanjaan wang (debit dan kredit) pada setiap akhir bulan dan menghantar penyata kewangan semasa kepada guru penasihat setiap awal bulan untuk tujuan penyemakan dan penyimpanan rekod.

¨  Bendahari perlu membuat satu ringkasan kewangan pada setiap tahun pada setiap akhir tahun dengan betul, benar dan lengkap.

¨  Akaun BSMM yang telah dibuat perlu dibentangkan semasa mesyuarat am dan mesyuarat AJK serta membentangkannya kepada guru penasihat oleh bendahari.

¨  Bendahari juga mesti memastikan bahawa baki wang di tangan dijaga dengan cekap dan amanah tanpa mempunyai sebarang perbuatan penipuan.

¨  Penolong bendahari berperanan membantu bendahari dari semasa ke semasa.

¨  Kedua-dua bendahari juga memastikan kabinet bendahari dijaga dalam keadaan yang baik. Penyalahgunaan kabinet tersebut adalah dilarang sama sekali.

¨  Menjaga dan menyimpan pendrive persatuan dengan baik dan menyimpan segala rekod akaun dalam pendrive.