Tanggungjawab Juruaudit Bendahari BSMM 2010

Kelayakan

¨  Sijil pertolongan cemas asas

¨  Sijil pendidikan palang merah

¨  Aktif sekurang-kurangnya setahun

¨  Hendaklah berumur sekurang-kurangnya 14 tahun.

 

Tanggungjawab

Tugas-tugas yang diamanahkan kepada jawatan Juruaudit adalah seperti berikut:

¨  Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap bulan terhadap semua akaun bendahari termasuk akaun bahagian debit dan kredit, akaun tunai dan akaun tahunan, buku resit, baucer pembayaran pada akhir tahun.

¨  Menyediakan laporan terhadap semua pemantauan yang dijalankan setiap bulan.

¨  Menghantar laporan kepada guru penasihat untuk tujuan pemberitahuan.

¨  Memberitahu bendahari terhadap akaun yang disediakan.

¨  Menyimpan satu salinan laporan dalam fail juruaudit bendahari.