Tanggungjawab Juruaudit Setiausaha BSMM 2010

Kelayakan

¨  Sijil pertolongan cemas asas

¨  Sijil pendidikan palang merah

¨  Aktif sekurang-kurangnya setahun

¨  Hendaklah berumur sekurang-kurangnya 14 tahun.

 

Tanggungjawab

Tugas-tugas yang diamanahkan kepada jawatan Juruaudit adalah seperti berikut:

¨  Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap bulan terhadap semua dokumen setiausaha seperti buku rekod kokurikulum, menyemak semua butiran dalam buku kehadiran diisi dan ditandatangani dengan lengkap, memastikan semua rekod aktiviti seperti laporan tugasan luar pertolongan cemas, buku rekod tugasan bilik PC dan buku rekod kecederaan diisi dengan lengkap.

¨  Menyediakan laporan terhadap semua pemantauan yang dijalankan setiap bulan.

¨  Menghantar laporan kepada guru penasihat untuk tujuan pemberitahuan.

¨  Memberitahu ketua-ketua yang bertanggungjawab terhadap rekod mereka sediakan.

¨  Menyimpan satu salinan laporan dalam fail juruaudit setiausaha.