Tanggungjawab Ketua Pertolongan Cemas 2010

 

Kelayakan

 

¨  Sijil pertolongan cemas kemasyarakatan

¨  Sijil pendidikan palang merah

¨  Aktif selama 2 tahun

¨  Hendaklah berumur sekurang-kurang 15 tahun.

 

Tanggungjawab

¨  Meminta setiausaha mengeluarkan notis tugasan luar apabila terdapat tugasan luar.

¨  Notis yang dilekat pada papan notis perlu mengandungi butiran seperti tarikh tugasan luar, masa, tempat, pakaian yang sesuai, bilangan ahli yang hadir, penyedia tugasan luar dan pengesahan daripada ketua utama seksyen, serta kelas dan no. Telefon ketua pertolongan cemas sekiranya menghadapi masalah.

¨  Meminta kuartermaster menyediakan peti pertolongan cemas untuk tugasan luar.

¨  Notis tugasan luar mesti dikeluarkan 4 hari sebelum tugasan.

¨  Menjaga disiplin ahli semasa tugasan luar dijalankan.

¨  Petugas perlu mengisi borang laporan pertolongan cemas selepas tugasan luar bagi tujuan perekodan.

¨  Borang laporan pertolongan cemas harus diisi dalam 2 salinan supaya satu salinan dihantar kepada setiausaha untuk catatan laporan dan satu salinan lagi disimpin dalam fail tugasan luar pertolongan cemas.

¨  Mendapatkan ahli yang akan pergi ke tugasan luar dalam masa 2 hari selepas menerima tugasan luar.

¨  Memeriksa dan memastikan peti pertolongan cemas adalah lengkap sebelum menghadiri tugasan luar.