Tanggungjawab Setiausaha Unit Belia BSMM SMK Sacred Heart 2010

 

Kelayakan

¨  Sijil pertolongan cemas asas

¨  Sijil pendidikan palang merah

¨  Aktif sekurang-kurangnya setahun

¨  Hendaklah berumur sekurang-kurangnya 14 tahun.

 

Tanggungjawab

¨  Hendaklah mengenali ahli dan menggalakkan ahli cenderung dalam kerja-kerja persatuan.

¨  Menyimpan rekod nama dan alamat ahli dengan lengkap dan kemaskini.

¨  Menghantar nama-nama ahli kepada Pegawai Belia supaya mereka dilindungi insurans apablia menjalankan tugas.

¨  Mengambil catatan ahli yang berhenti dan lain-lain.

¨  Merancang agenda selepas berbincang dengan pegawai belia dan ketua seksyen utama.

¨  Menyediakan butiran mesyuarat dan memberi penerangan.

¨  Mengambil catatan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat.

¨  Selepas mesyuarat tgas-tugas yang ditetapkan dalam mesyuarat perlu dilaksanakan.

¨  Membuat laporan tahunan.

¨  Menyimpan rekod tugas ahli.

¨  Minit mesyuarat perlu jelas dan terang.

¨  Setiap keputusan perlu ada pencadang dan penyokong.

¨  Pengundian perlu dibuat dengan sebulat suara dan direkod.

¨  Minit mesyuarat hendaklah ditulis dengan terang mengikut agenda.

¨  Mengemaskini rekod aktiviti kokurikulum sekolah setiap minggu.

¨  Mengeluarkan notis untuk aktiviti.

¨  Menyediakan laporan tahunan CD untuk rekod sekolah.

¨  Menyimpan semua dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

¨  Menjaga buku Rekod kehadiran dan memastikan semua aktiviti dicatatkan dengan jelas dan tepat.

¨  Menyediakan minit mesyuarat AJK, minit mesyuarat am, laporan aktiviti serta membentangkannya semasa mesyuarat.

¨  Menyimpan semua borang akuan ibu bapa dan menyerahkannya kepada guru penasihat sebagai rekod.

¨  Menjaga dan menyimpan pendrive persatuan dan menyimpan rekod aktiviti, minit mesyuarat am dan minit mesyuarat AJK serta laporan aktiviti, kertas cadangan projek dalam pendrive setiausaha.