Tanggungjawab Webmaster 2010

 

Kelayakan

 

¨  Sijil pertolongan cemas kemasyarakatan

¨  Sijil pendidikan palang merah

¨  Aktif selama 2 tahun

¨  Hendaklah berumur sekurang-kurang 15 tahun.

 

Tanggungjawab

¨  Mengemaskini album dan foto persatuan.

¨  Memastikan album dan foto lama dijaga dengan baik.

¨  Mengambil foto semua aktiviti yang dijalankan.

¨  AJK publisiti juga membantu dalam pengambilan foto jika webmaster tidak hadir aktiviti.

¨  Melayari laman web BSMM Unit Belia SMK Sacred Heart dari semasa ke semasa bagi memastikan laman ini dapat dilayari dan sentiasa kemaskini.

¨  Melaporkan segala kerosakan, kehilangan foto dengan segera kepada guru penasihat.

¨  Melaporkan kepada guru penasihat sekiranya laman web persatuan tidak dapat dilayari.

¨  Merekodkan semua gambar yang diambil serta menyimpan rekod tersebut dalam fail webmaster.

¨  Menjadi jurugambar bagi semua aktiviti persatuan termasuk kem tahunan, aktiviti luar seperti tugasan luar.